Salam ta'zim bt pembaca budiman..

Dengan nama al Lathif wal Khabir yg Maha Halus dan lagi Terperici Pengetahuan-Nya. Hanya Dialah penawar hati, penyejuk rasa, penenang jiwa.

Selawat dan salam bt junjungan mulia, Rasulullah s.a.w. Kekasih Allah, buah hati kita jua.


Jom Qiam..

Agar Mudah Mengerjakan Solat Malam


Pertama, jangan banyak makan dan minum

Salah seorang ahli ibadah mengatakan, “Wahai para hamba, janganlah kalian banyak makan, kerana kalian akan banyak minum, lalu kalian akan tidur, sehingga akan terhalang daripada mendapat banyak kebaikan, dan kalian pun akan mendapat kerugian yang besar. Seterusnya, kalian akan banyak menyesal menjelang kematian!

Inilah pesan yang begitu bernilai. Ya, jangan kita banyak makan agar tidak menghalang kita dari solat malam. Mari kita lakukan, dan tunjukkan tanggungjawab sepenuhnya. Jangan anda fikir ini urusan yang ringan!


Kedua, jangan terlalu memeras tenaga di waktu siang

Antara perkara yang akan membantu anda untuk mengerjakan solat malam adalah, janganlah berlebihan dalam menggunakan tenaga diwaktu siang semasa bekerja. anda mungkin akan mengatakan, “Ini adalah kata – kata yang sangat Ideal! Sebab pekerjaan ini bukanlah pilihan sendiri. Pekerjaan di waktu siang itu merupakan pekerjaan yang berat. Dengan nasihat ini, anda sedang meminta kami untuk melakukan sesuatu yang mustahil!

Ya, anda boleh katakan begitu wahai saudaraku. Namun, cubalah meluangkan sedikit masa untuk tidur sekejap di waktu siang serta jangan lupakan niat dan matlamat.

Saya gembira, anda telah menyambut hangat faktor – faktor penolong ini dan mulai berusaha merealisasikannya.


Ketiga, hindari maksiat

Ini merupakan faktor penolong yang paling penting. salah seorang Tani’in mengatakan, “Janganlah kalian berbuat maksiat kepada Allah di waktu pagi, nescaya kalian akan mampu mengerjakan solat malam.”

Sufyan Ats-Tsauri rahimahullah juga mengatakan, “Saya terhalang melakukan solat malam selama lima bulan akibat sebuah dosa yang saya lakukan.” Beliau pun ditanya, “Dosa apakah itu?”. Beliau menjawab, “Saya melihat seseorang sedang menangis, kemudian saya katakan, ‘Ini adalah orang yang riya’!’ ”

Sesungguhnya dosa umpama tali yang mengikat manusia. Marilah kita melepaskan tali ini dengan penyesalan, istigfar, dan taubat.


Keempat, lakukan dengan bertahap

Ini juga merupakan faktor yang tidak kurang pentingnya dengan yang sebelum ini. Janganlah anda kerap menghidupkan semangat yang sekejap dengan mengatakan, “Saya akan mengerjakan solat sepanjang malam setiap hari!”. Tetapi jadikanlah semangat dan motivasi anda ini sebagai semangat yang seimbang dan teratur. Berwaspadalah pada pintu penipuan syaitan. Semangat yang teratur merupakan gerbang menuju perlaksanaan ibadah ini dengan jayanya. Mulailah dengan dua rakaat ringan sebelum tidur dan terus tekunlah mengerjakannya selama sebulan. Sehingga tidak ada hari yang dilalui tanpa mengerjakannya. Lalu tambahlah sedikit, dan seterusnya tambahlah setahap, demi setahap lagi.

Hayatilah, saudaraku “Agama itu mudah. Selamilah ia dengan lembut.

(HR. Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra)
(dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Solat)


Kekuatan seseorang mukmin e2 diukur dengan solat malamnya.
Sama2 kita istiqamah dalam mengerjakannya..

~ gerak sahabat2 sama na ~


http://www.dakwah.info/

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Telah lama Cinta terbiar dari CINTA yang SUCI
Telah lama Cinta tersasar dari CINTA HAKIKI
Kerna sekian lamanya

Manusia dibuai Cinta Nafsu
Kita sering menyangka Cinta Manusia itu yang sejati
Namun lupakah kita
Cinta Nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

CINTA kan ALLAH
CINTA sebenarnya
Itulah CINTA yang sejati
Kasihlah sesama Manusia
Kerna CINTA yang HAKIKI
Hanya untuk Tuhan Yang Esa
CINTA kan ALLAH tiada kecewa

Kitakan tenang diwaktu susah
Kembalilah kepada Tuhan

DIA kan tetap Menanti
kehadiran HambaNYA yang sebenar pasrah
CINTA KASIH sayangNYA tidak bertepi

Cinta bukan satu kesilapan
Tapi tempat menguji ketaqwaan
Cintakah pada yang Esa
atau
Melangit pada yang tidak kekal
Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA
Semulia-mulia cinta adalah cinta ALLAH
Sehina-hina cinta adalah cinta Manusia
Yang mana satu pilihan iman???

HADITH MUSLIM

kerdilnya hamba