Salam ta'zim bt pembaca budiman..

Dengan nama al Lathif wal Khabir yg Maha Halus dan lagi Terperici Pengetahuan-Nya. Hanya Dialah penawar hati, penyejuk rasa, penenang jiwa.

Selawat dan salam bt junjungan mulia, Rasulullah s.a.w. Kekasih Allah, buah hati kita jua.


Qum Faanzir!!


Apabila daku terkenangkan janjiMU
terasa gerunnya di hatiku
betapa fakirnya fitrahku padaMU
betapa jauhnya diriku dariMU
Seandainya di buai mimpi
telah kulupakan janjiMU ya Ilahi
lena ku masih belum terjaga lagi
ya Allah sedarkanlah daku
Oh Tuhan,

kini ku telah jaga
janjiMU takkan mungkir pada hamba yang ingkar
diriku tidak kan terlepas
dosaku makin menekan
insafku kian meningkat…
Apa masih tersisakah titisan rahmat

moga diriku dikurniakan berkat
tidak tertahan diriku ya Allah
menanggung azab siksaanMU
tidak sanggup merasa diriku ya Allah
menanggung keMurkaanMU
ya Allah, ampunilah kesalahanku

ya Allah, ampunkan keterlanjuranku
ya Allah, ampunilah kedegilanku
ya Allah, ampunilah sifat pelupaku
ya Allah, ampunilah kekasaranku
ya Allah, daku hanya hambaMU…
ku memohon rahmat daripadaMu

moga dikurniakan hidayah
moga diberikan petunjuk
bekalan dunia fana
moga diberkati hidup ini..ameen, Rabbal ‘Aalameen..


~ ighfirly ya Allah, ighfirly ya Allah… ~

Wahai diri,
Bersabarlah

Dengan sabar yang indah
Biar perit biar pedih
Bersama duka hadirnya suka
Tabahlah

Dengan tenang menghadapi
Ianya ujian buatmu
Pada derita ada penawarnya
Tersenyumlah

Dengan senyuman yang menggembirakan
Dari hatimu dengan rahmatNya
Menggapai RedhaNya dengan inayahNya
Tegarlah dirimu dalam mentarbiyah dan ditarbiyah
Tegaplah menunjang semangat dan inspirasi
Teruslah memburu iman menjejaki taqwa
Tetaplah langkahmu di pusatnya
Perjuangan ini masih jauh perjalanannya
Memang getir namun ini bukan lapis paling akhir
Andai tersungkur, bangkitlah!

Kau mujahidah muda
Moga bertemu penawar hakiki
Yang mengocak ketenangan qalbu
Yang dikurniakan ArRahmaan
Kepada yang menjejaki redaNya semata
Moga hadirNya di celahan kekalutan qalbu
Pasakkan keyakinanmu padaNya
PadaNya tiada mustahil
Kerana Dia pemilik segala hati!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Telah lama Cinta terbiar dari CINTA yang SUCI
Telah lama Cinta tersasar dari CINTA HAKIKI
Kerna sekian lamanya

Manusia dibuai Cinta Nafsu
Kita sering menyangka Cinta Manusia itu yang sejati
Namun lupakah kita
Cinta Nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

CINTA kan ALLAH
CINTA sebenarnya
Itulah CINTA yang sejati
Kasihlah sesama Manusia
Kerna CINTA yang HAKIKI
Hanya untuk Tuhan Yang Esa
CINTA kan ALLAH tiada kecewa

Kitakan tenang diwaktu susah
Kembalilah kepada Tuhan

DIA kan tetap Menanti
kehadiran HambaNYA yang sebenar pasrah
CINTA KASIH sayangNYA tidak bertepi

Cinta bukan satu kesilapan
Tapi tempat menguji ketaqwaan
Cintakah pada yang Esa
atau
Melangit pada yang tidak kekal
Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA
Semulia-mulia cinta adalah cinta ALLAH
Sehina-hina cinta adalah cinta Manusia
Yang mana satu pilihan iman???

HADITH MUSLIM

kerdilnya hamba