Salam ta'zim bt pembaca budiman..

Dengan nama al Lathif wal Khabir yg Maha Halus dan lagi Terperici Pengetahuan-Nya. Hanya Dialah penawar hati, penyejuk rasa, penenang jiwa.

Selawat dan salam bt junjungan mulia, Rasulullah s.a.w. Kekasih Allah, buah hati kita jua.


Hati Besar vs Hati Kecil


Malam itu aku seolah-olah kembara dalam satu perjalanan yang sunyi. Terlalu sunyi, sehingga degup hati pun dapat dirasakan. Nafas dihela perlahan-lahan. Mencari makna pencapaian dan kejayaan. Apakah aku telah berjaya? Kata bijak pandai, ini soalan yang tidak relevan. Justeru menurut mereka, orang yang berjaya tidak sempat bertanya adakah aku berjaya, sepertimana orang yang bahagia tidak akan bertanya apakah aku bahagia?
Pedulikan kajian dan ungkapan sarjana. Aku kendalikan hidupku sendiri dan bebas memberi erti dan makna tanpa terikat dengan tesis dan hipotesis. Aku bebas menjadi raja pada diri sendiri selagi terus tunduk sebagai hamba Ilahi.
Di mana ukuran kejayaanku?
Dibisikkan kepada hati, kejayaan itu apabila kau mencapai tujuan dalam hidupmu. Lalu apakah tujuan hidup itu? Ini soalan asas yang sejak dahulu diberitahu bahawa tujuan hidup adalah menjadi hamba kepada Allah. Ah, mudahnya. Tetapi tidak semudah itu apabila istilah ibadah itu hendak ‘ditulis’ dalam kehidupan. Sering sekali tujuan dibayangi keperluan, hingga alat bertukar menjadi matlamat apabila memburu nikmat hingga terlupa Pemberi nikmat.
Tujuan itu pertama dan utama. Keperluan itu hanya perkara kedua yang datang selepasnya. Tujuan itu mengabdikan diri kepada Allah seluruhnya. Keperluan itu ialah makanan, pakaian, kediaman, kenderaan, harta. Tujuan itu ialah rasa kehambaan, ketakutan, cinta, harap, taat- seorang hamba kepada Allah. Keperluan itu adalah harta, pakaian, kenderaan dan segala miliknya yang wajib menjadi alat mencapai tujuan.
Ah, malang sekali jika aku merasa kan kejayaan itu hanya apabila mencapai keperluan. Padahal, hati dan diri masih jauh dari daripada berjinak-jinak dengan Allah. Jiwa masih liar. Nafsu masih buas. Dan tanpa disedari keperluan menjadi tujuan. Cinta Allah tersisih, takut Allah terpinggir, hanya kerana ke[erluan yang dicari tanpa henti atau yang telah melimpah tanpa batas.
Dan lebih aneh ukuran dan kejayaan bertukar tanpa disedari. Kita mengukur ertinya pada neraca keperluaan, bukan tujuan. Aku lebih berjaya apabila harta, rumah dan kenderaanku mewah dan bertambah. Padahal di neraca tujuan, timbangan cinta, takut dan harapmu kepada Allah kian ringan. Kekadang, pandai pula syaitan berkias kata, berkilas rasanya...... katanya, kau mencari segala kerana Allah jua.
Jika benar harta dan milikmu itu kerana Allah jua, bagaimana rasa hatimu ketika mencari, mengurus dan mentadbirnya? Apakah segala- galanya diurus tadbir dengan rasa takut, cinta dan mengharap keampunan- Nya? Bagaimana dengan solatmu, apakah kian khusyuk? Bagaimana dengan puasamu, apakah sudah soleh? Bagaimana dengan hajimu, apakah sudah mabrur? Bagaimana dengan mazmumahmu, sudahkah lebur? Hati “besarmu” boleh menipu, wahai diri..... tetapi hati “kecilmu” tidak mampu menipu diri sendiri!! Dialah yang paling terseksa apabila kau mengukur kejayaan berdasarkan keperluan, bukan tujuan!!
Malam kian larut. Mata tidak mahu diheret dalam kembara hati yang bersimpang siur. Apakah destinasiku saat ini? Apakah tujuan atau keperluan? Kembara hatiku terus melangkaui dinihari.... hati besar dan hati kecil terus berebut untuk mengendali kemudi diri!
~ Anis ~

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Telah lama Cinta terbiar dari CINTA yang SUCI
Telah lama Cinta tersasar dari CINTA HAKIKI
Kerna sekian lamanya

Manusia dibuai Cinta Nafsu
Kita sering menyangka Cinta Manusia itu yang sejati
Namun lupakah kita
Cinta Nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

CINTA kan ALLAH
CINTA sebenarnya
Itulah CINTA yang sejati
Kasihlah sesama Manusia
Kerna CINTA yang HAKIKI
Hanya untuk Tuhan Yang Esa
CINTA kan ALLAH tiada kecewa

Kitakan tenang diwaktu susah
Kembalilah kepada Tuhan

DIA kan tetap Menanti
kehadiran HambaNYA yang sebenar pasrah
CINTA KASIH sayangNYA tidak bertepi

Cinta bukan satu kesilapan
Tapi tempat menguji ketaqwaan
Cintakah pada yang Esa
atau
Melangit pada yang tidak kekal
Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA
Semulia-mulia cinta adalah cinta ALLAH
Sehina-hina cinta adalah cinta Manusia
Yang mana satu pilihan iman???

HADITH MUSLIM

kerdilnya hamba