ADAKAH ANA..?
LISA???
Adakah mengucap kalimah syahadah?
Adakah tertunai tuntutan syahadah?
Solat lima waktu puasa zakat?
Pergi ke Mekah tunaikan haji?
Telah dikira Muslim sejati?
Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan..?
Puasa dikerja banyak kekurangannya..?
Keluarkan zakat kerana terpaksa..?
Tunai Haji untuk pangkat dan nama..?
Analisa, analisa, adakah kita sudah Islam sempurna..
Kita mengaku adanya Tuhan..
Namun larangan tetap dilakukan?
Ada malaikat kiri dan kanan..
Tidak diendah akan kehadiran?
Percaya Rasul dan para nabi..
Sunnah mereka tidak dituruti?
Quran dibaca tiada penghayatan..
Intipatinya tidak diamalkan?
Hidup akhirat engkau yakini..
masih mengejar nikmat duniawi?
Qadha dan Qadar telah ditentukan..
Ditimpa musibah hilang redha dan kesabaran?
Analisa, analisa, adakah Iman sempurna
Adakah akhluk termulia di mayapada?
Adakah akhluk termulia di mayapada?
Kerana tinggi akhlak dan taqwa?
Tapi sekiranya ia tiada..
Renungkanlah diri cari jawapannya!
Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita menghambakan diri kepada-Nya
tanyalah diri kita..
SIAPA KITA di sisi ALLAH???
Analisa..
Analisa..
Analisa..
AWAS, jangan terpesona!!!