Monday 27 May 2013

Kerana masa

Assalamualaikum..

Rindu ? Ye, rindu sangat nak menulis.
tapi kekangan masa membataskan segalanya.
Banyak pengalaman dan kenangan yang ingin dikongsi.
ada masa, akan kulakarkan semuanya disini.
insyaAllah, dengan izinnya.

Mei hampir melabuhkan tirai.
Dipertengahan Rejab ini, hari-hari menghitung Ramadhan.
Adakalanya hingga terlupa, banyak kewajipan yang belum dilaksanakan.
Yang dahulu belum selesai, timbul yang baru pula.
Dan semestinya ini  kerana masa.

Sebab itu pentingnya pengurusan masa yang berkesan.
Semuanya telah Allah terangkan,
Rujuk balik surah Al-Asr.

Seperti firmannya:






Monday 6 May 2013

Oh Tok Guru


Berita bersaranya Tok Guru amat menyentap diri. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang Ilmu dan ketamadunan Islam. 

1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik. 

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat. 

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka. 

4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo. 

5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja. 

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya. 

5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga. 

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi. 

7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham. 

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara(tidak pernah disiarkan). 

9. Satu-satunyq pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.

Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok Guru kami.

 CREDIT:: ~Sifu Siddiq.





Saturday 27 April 2013

Demam pilihanraya

Wiwiwi....tak sabar rasanya nak mengundi. ni kali yang pertama kot. mestilah keterujaan tu lebih sikit daripada orang yang dah biasa mengundi kan. Bendera pun dah penuh digantung di setiap penjuru kawasan. 
Macam-macam rekabentuk dan replika ada. Sungguh kreatif la siapa-siapa yang membuatnya.

Untuk keluar mengundi, pasti kena ada orang yang mahu mengundi kan ? Jadi nak la jugak tau, ape jenis dan golongan orang-orang yang megundi ni. Pada firasat mirasat aku, terdapat 3 jenis golongan pengundi...

Golongan pertama ialah  golongan pengundi yang menyokong sesebuah parti politik setelah meneliti perjuangan atau manifesto kedua-dua belah pihak. Dalam erti kata lain, golongan ini ialah golongan yang rajin mencari maklumat dan meneliti sebaik-baiknya tentang sesuatu parti yang diikutinya.

Golongan kedua ialah golongan yang menyokong sesebuah parti politik atas dasar keturunan. Ini membawa maksud, kalau dah mak dan bapak dia sokong parti tu, dia pun ikut sama kerana terikut-ikut dengan trend dan salasilah keluarga tanpa membuat research, kata orang. 

Golongan ketiga pula ialah yang kebiasaannya yang saja-saja nak merosakkan undi, sama ada sengaja menconteng kertas undi, atau langsung tak memangkah. Golongan ini biasanya ialah golongan yang merasakan hanya mereka sahaja yang betul. Pendapat atau pandangan orang lain, semuanya ditolak ketepi. Maknanya, tak mahu ambil kisah langsung. Parah.. Parah.. 

Ingat ye sahabat atau sesiapa sahaja yang bakal mengundi tak lama lagi, undi anda adalah penentu masa depan negara. 1 sahaja. Satu angka yang kecil, tapi membawa seribu juta lion-lion erti untuk perubahan serta masa depan negara. Letakkan undi anda pada yang selayaknya untuk mengemudi dan mentadbir negara. Mana-mana pemimpin yang memimpin negara mengikut aturan Allah, pemimpin itulah yang wajib kita undi, yang wajib kita pilih. WAJIB okayh, WAJIB !

Sedikit perkongsian daripada aku, sempena sambutan pilihanraya yang akan datang.




Suasana di jalan-jalan berhampiran kawasan rumah.











                                       solat sunat hajat memohon kelancaran PRU'13






Hujan rahmat mengiringi doa dan perjuangan kami. 


" Walaupun beribu-ribu titsisan air dari langit menerjah ke badan dan seluruh padang ini, kami tidak gentar. Kami tidak akan berundur. Kerana kami tahu, RahmatMU sentiasa bersama kami YaAllah. "




P/s: Nampak macam bias je aku ni kan, bulan dimana-mana. Hihihi....

Wednesday 24 April 2013

Boleh, tapi tidak boleh


*Duit boleh beli BANTAL & TILAM, tapi tidak boleh beli TIDUR..
 Duit boleh beli UBAT, tapi tidak boleh beli KESIHATAN..
 Duit boleh beli BUKU, tapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN..
 Duit boleh beli INTAN PERMATA, tapi tidak boleh beli KECANTIKAN..

 Duit boleh beli MAKANAN, tapi tidak boleh beli SELERA..
 Duit boleh beli RUMAH, tapi tidak boleh beli KELUARGA..
 Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tapi tidak boleh beli PELAJARAN..
 Duit boleh beli HIBURAN, tapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN..

 Duit boleh beli PERNIAGAAN, tapi tidak boleh beli KEBERKATAN..
 Duit boleh beli CINTA, tapi tidak boleh beli KESETIAAN..
 Duit boleh beli ORGAN BADAN, tapi tidak boleh beli NYAWA..
 Duit boleh beli PANGKAT & KEDUDUKAN, tapi tidak boleh beli IMAN..


Benarlah, Allah maha Berkuasa. 
Manusia hanya mampu membeli dan mendapatkan apa yang terzahir di muka bumi.
Tiada seorang pun yang mampu mendapatkan hikmat dan nikmat kurniaan Allah dengan wang dan kekayaan. 

Oleh itu wahai manusia,
Janganlah terlampau bongkak, riak dan takabbur diatas dunia pinjamanNya.
Kita MANUSIA. 
Tiada wujudnya istilah perbezaan darjat dan pangkat.
Semuanya hanya pinjaman. Gelaran.

Tiba waktunya ajal menjemput, jasad akan dibalut dengan kain yang sama.
Putih. Polos. Bersih 3.0.


Sekadar perkongsian. 

*Dipetik daripada facebook Tanyalah Ustaz

Tuesday 16 April 2013

Aku khilaf T_T




Astaghfirullahala'zim..
Tak tahu apa yang tak kena hari ni. semua benda yang aku buat, tak ada yang betul. 
itu salah, ini salah. semuanya tak menjadi.


Kenapa ? 
Mengapa ? 
 Tak mengapa, kembali kepada Allah.. :)



Tapi apa yang aku agak terkilan ialah khilafku semasa membeli tiket kapal terbang secara online hari ni. 
Seperti yang semua sedia maklum, negara kita, MALAYSIA akan berperang tak lama lagi. Perang PRU13.



Dan semestinya, semua pengembara yang mengembara ke serata dunia akan pulang ke lubuk masing-masing sempena hari yang besar maknanya ini. 
Bagi aku besar la maknanya kan?
 sebab nak tentukan siapa pemimpin negara kita untuk mencorak dan mentadbir negara sebaik-baiknya.



 Dan abang aku, adalah seorang pengembara yang akan pulang ke kampung tak lama lagi. jadi dia memberi amanah kepada aku untuk membeli tiket kapal terbang kepadanya untuk perjalanan balik dan pergi semula. 
dari Kuching ke Kuala Lumpur, transit sekejap lepas tu naik pulak penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. 
Begitu juga perjalanan balik semula ke Kuching.bermakna, dia kena menaiki 4 buah pesawat untuk perjalan pergi dan balik.



Kenapa perlu transit ? Kenapa tak beli yang direct ? Tak penat ke ?

Perlu transit dan tak beli yang direct, sudah tentu la sebab perbezaan harga..hihi. 
sudah dikaji, dan harga untuk tambang balik ke kampung adalah berbeza, maka ambik lah yang lebih murah. 
Tak perlu membazir. Kena berjimat ! itu penting tu ^_____^ 
Agak penat, tapi tak mengapa. 
Perjuangan memerlukan pengorbanan.


 Baiklah, sambung cerita tadi.. 
Nak dijadikan cerita, aku tersalah pilih tarikh untuk salah satu penerbangan diatas. 
Sebulan lewat berbanding tarikh sebenar. 
Allahu Allah.. Khilaf lagi. 
Setelah dicampur, tolak, tambah, darab, bahagi, aku dapati jumlah bayaran yang aku buat untuk penerbangan yang salah tu ialah sebanyak RM200++.
 Dushh!!



 Kesian abang aku. 
Terpaksa tanggung kerugian gara-gara kesilapan aku. 
 Dengan perasaan bersalah yang tebal setebal 8 inci,aku menguatkan diri menghubungi abang aku. 
Aku bagitau dia pasal ni. 
Dan, macam biasa dia cool je. 
Aku plak yang terlebih gementar. 
 Walaupun jawapan dia macam ok, tak marah, rilex, cool dan tenang je, tapi aku tahu yang dia agak kecewa dengan aku. 
Harapkan pagar, pagar makan kambing.. Eh ??



Aku pun rasa bersalah sangat. 
 Kalau dia marah aku tadi, aku rasa aku akan ok. 
 Tapi jawapan dan feedback dia yang tenang macam tu, buat aku makin rasa bersalah. Lepas tu abang suggest suruh aku belikan yang baru. 
Aku betul-betul terharu sebab dia masih percayakan aku untuk uruskan tiket untuk dia. 
Dan kali ni, aku cuba buat yang terbaik. 
 Tak nak bagi ada sebarang kesilapan lagi. 
Dan yang paling penting, aku tak nak kecewakan abang aku lagi. 
Aku tak nak dia hilang kepercayaan pada aku. :(



 Mungkin banyak hikmah yang tersembunyi, yang Allah aturkan, yang aku tak nampak. Jangan mengeluh, syukur dengan setiap percaturannya. 
Insya Allah, aku akan lebih berhati-hati pada masa yang akan datang.

Segala kesempurnaan ibadahku datangnya hanya daripadaMu ya Allah.
Bantu aku, pimpin aku :'(








Tuesday 9 April 2013

Muslimah

Aku mahu menjadi muslimah solehah...
Mahu semahu-mahunya...

Lagu ni ada mengalunkan bait-bait indah tentang seorang muslimah..
Tentang seorang muslimah yang solehah. 

Jom kita layan..... :))





Best kan ?

Jom sama-sama berusaha jadi muslimah solehah. ^____^

Saturday 6 April 2013

Syukran Sahabat :)

Hari yang indah,
Dalam keadaan kesihatan yang agak kurang baik, aku diziarahi oleh seorang sahabat karibku. Sahabat sejak aku dalam darjah 1. Bermakna persahabatan kami hampir menginjak ke usia 18 tahun. Alhamdulillah, dengan izin Allah.


Rupanya, kedatangannya itu adalah kedatangan untuk memberi kejutan padaku.
Datangnya dengan membawa bekalan makanan yang berkoyan-koyan.
Semasa dia mengeluarkan plastik yang pertama daripada keretanya, aku masih cool.
Ingatkan itu sahaja, rupanya ada lagi, lagi dan lagi.
MasyaAllah, banyaknya.


Apa yang buat aku terharu, dia sanggup off minggu ni semata-mata untuk meraikan hari ini bersama aku.
Sanggup masak spagetti, puding koktel dan macam-macam.
Ada juga kek daripada Secret Recipe, ditempah khas untuk aku.


Tak cukup dengan itu,
Diberinya lagi hadiah coklat dan satu set perfume kesukaan aku.
MasyaAllah...


Sahabat, banyaknya masa, tenaga dan hartamu terbuang semata-mata demi aku.
Bila aku ungkapkan ayat tersebut kepadanya, ringkas sahaja jawapan dia. 


"Ini je termampu serba sedikit daripada aku. Apa sahaja untuk kau, dan persahabatan kita"

Ringkas bagimu tetapi cukup besar maknanya bagi aku, sahabat. 

Bukan barangan dan hadiah mahal-mahal yang aku minta.
Cukuplah sekadar mengingati aku dalam setiap doamu.
Aku pun begitu. InsyaAllah..


Jazakillahi khairun kathir sahabat.
Aku berbangga mempunyai sahabat sepertimu.
Mungkin 1 dalam sejuta.
Alhamdulillah atas kurniaanmu ya Allah.


P/s : Terima kasih buat adinda Haikal, dan sahabatku Anis atas pemberian kalian. InsyaAllah, akan ku manfaatkannya sebaik mungkin.







Kek, hadiah yang banyak dan masakan daripada Ikha.. Semua sedap, tak tipu.. :)





Terima kasih sahabat :')



06042013

Alhamdulillah

Syukur ku panjatkan pada Allah s.w.t.
Hari ni, umur aku genap 24 tahun. (Mengikut tahun masihi la)


Allah..Allah..
Sudah terlampau lama rasanya Allah memberi aku peluang menghidup udara percuma kurniaanNya.


Makin meningkat usiaku, maka makin hampirlah aku dengan saat-saat kematianku.
Soalnya,
Bersediakah aku ?
Cukupkah amalan-amalan baikku ?
Apa bekal yang akan akan aku bawa untuk menghadapNya nanti ?


Jika mahu mengaudit diri,
Dalam 24 tahun X 365 hari ini, berapa kali aku mensyukuri nikmat yang Allah bagi pada aku ?
Berapa kali aku menghargai kebesaran Allah dalam setiap sesuatu yang Dia tentukan untuk aku ?


Itu hanya aku dan Dia yang tahu.


Moga peningkatan usia aku ini, bisa menjadikan aku seorang anak yang solehah, dan hamba yang taat pada Dia.

Akan aku isi, masa-masa yang Allah kurniakan sebelum tibanya ajalku dengan sifat-sifat mahmudah.
Aku berjanji, akan meninggalkan sifat-sifat mazmumah.


Bantu aku ya Rahman,
Aku insan lemah..
Insan yang baru merangkak mencari jalan menujuMu.
Hanya kepadamu aku memohon
Kerana ku tahu, engkau maha pengasih.


Bantu aku ya Rahim,
Aku insan hina..
Insan yang dahulunya jauh dari jalan menujuMu.
Hanya kepadamu aku memohon
Kerana ku tahu, engkau maha penyayang.

Tuesday 2 April 2013

Akhir-akhir ini

Akhir-akhir ini
Airmata sering tumpah
Bila mengenangkan nasib diri
Bila terkenangkan banyaknya dosa
Entah bila mahu menebusnya


Akhir-akhir ini
Diri kerap kali disapa kata hati
Tinggalkan yang lagha
Hampiri yang mendatangkan pahala
Entah bila mahu menunaikannya


Akhir-akhir ini
Allah sering mengurniakan
Sahabat-sahabat yang baik disisi
Menemani kesana sini mencari agama
Entah bila mahu menghargainya

Monday 1 April 2013

Assalamuàlaikum

Salam sejahtera buat semua.

Aku memulakan kembaraku ditanah ini.
Tanah yang gersang, nampak lapang, minta disemai dengan benih-benih ilmiah yang bisa memberi faedah.


Kembaraku ini, kembara yang pertama.
Selepas yang dahulunya kubuang jauh.
Agar daki kotorannya tidak lagi melekat pada tanah-tanah yang suci ini.


Aku hari ini, aku yang baru.
Lahirku dengan azam yang baru, keinginan yang baru, insan yang baru.


Tuhanku,
Bimbing aku, pimpin aku.
Supaya hayatku di bumi gersang ini bisa memberi seribu kebaikan kepada seluruh isinya.



Ameen.