Tuesday 16 April 2013

Aku khilaf T_T




Astaghfirullahala'zim..
Tak tahu apa yang tak kena hari ni. semua benda yang aku buat, tak ada yang betul. 
itu salah, ini salah. semuanya tak menjadi.


Kenapa ? 
Mengapa ? 
 Tak mengapa, kembali kepada Allah.. :)



Tapi apa yang aku agak terkilan ialah khilafku semasa membeli tiket kapal terbang secara online hari ni. 
Seperti yang semua sedia maklum, negara kita, MALAYSIA akan berperang tak lama lagi. Perang PRU13.



Dan semestinya, semua pengembara yang mengembara ke serata dunia akan pulang ke lubuk masing-masing sempena hari yang besar maknanya ini. 
Bagi aku besar la maknanya kan?
 sebab nak tentukan siapa pemimpin negara kita untuk mencorak dan mentadbir negara sebaik-baiknya.



 Dan abang aku, adalah seorang pengembara yang akan pulang ke kampung tak lama lagi. jadi dia memberi amanah kepada aku untuk membeli tiket kapal terbang kepadanya untuk perjalanan balik dan pergi semula. 
dari Kuching ke Kuala Lumpur, transit sekejap lepas tu naik pulak penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. 
Begitu juga perjalanan balik semula ke Kuching.bermakna, dia kena menaiki 4 buah pesawat untuk perjalan pergi dan balik.



Kenapa perlu transit ? Kenapa tak beli yang direct ? Tak penat ke ?

Perlu transit dan tak beli yang direct, sudah tentu la sebab perbezaan harga..hihi. 
sudah dikaji, dan harga untuk tambang balik ke kampung adalah berbeza, maka ambik lah yang lebih murah. 
Tak perlu membazir. Kena berjimat ! itu penting tu ^_____^ 
Agak penat, tapi tak mengapa. 
Perjuangan memerlukan pengorbanan.


 Baiklah, sambung cerita tadi.. 
Nak dijadikan cerita, aku tersalah pilih tarikh untuk salah satu penerbangan diatas. 
Sebulan lewat berbanding tarikh sebenar. 
Allahu Allah.. Khilaf lagi. 
Setelah dicampur, tolak, tambah, darab, bahagi, aku dapati jumlah bayaran yang aku buat untuk penerbangan yang salah tu ialah sebanyak RM200++.
 Dushh!!



 Kesian abang aku. 
Terpaksa tanggung kerugian gara-gara kesilapan aku. 
 Dengan perasaan bersalah yang tebal setebal 8 inci,aku menguatkan diri menghubungi abang aku. 
Aku bagitau dia pasal ni. 
Dan, macam biasa dia cool je. 
Aku plak yang terlebih gementar. 
 Walaupun jawapan dia macam ok, tak marah, rilex, cool dan tenang je, tapi aku tahu yang dia agak kecewa dengan aku. 
Harapkan pagar, pagar makan kambing.. Eh ??



Aku pun rasa bersalah sangat. 
 Kalau dia marah aku tadi, aku rasa aku akan ok. 
 Tapi jawapan dan feedback dia yang tenang macam tu, buat aku makin rasa bersalah. Lepas tu abang suggest suruh aku belikan yang baru. 
Aku betul-betul terharu sebab dia masih percayakan aku untuk uruskan tiket untuk dia. 
Dan kali ni, aku cuba buat yang terbaik. 
 Tak nak bagi ada sebarang kesilapan lagi. 
Dan yang paling penting, aku tak nak kecewakan abang aku lagi. 
Aku tak nak dia hilang kepercayaan pada aku. :(



 Mungkin banyak hikmah yang tersembunyi, yang Allah aturkan, yang aku tak nampak. Jangan mengeluh, syukur dengan setiap percaturannya. 
Insya Allah, aku akan lebih berhati-hati pada masa yang akan datang.

Segala kesempurnaan ibadahku datangnya hanya daripadaMu ya Allah.
Bantu aku, pimpin aku :'(








No comments:

Post a Comment